Back To All

Jan 16, 2026 6PM

Sambar sampel percuma! Abang Bytes kini serbu lokasi anda

author

NADIA AZAM

Kempen Vico Bytes Take Over tampil dengan pendekatan pemasaran bergerak yang lebih dekat dengan orang ramai apabila Abang Bytes dibawa terus ke kawasan bertrafik tinggi untuk mencuri perhatian.


Abang Bytes aktif bergerak di lokasi tumpuan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, menjadikan kehadiran mereka mudah dilihat dan sukar diabaikan.


Sesiapa sahaja yang terserempak dengan Abang Bytes berpeluang merasai sampel percuma, sekali gus menjadikan kempen itu lebih interaktif dan menyeronokkan, bukan sekadar promosi biasa.


Vico Bytes Take Over dilancarkan pada 14 Januari lalu di Blossom A Glassmansion, Kuala lumpur. 


Abang Bytes aktif bergerak di lokasi tumpuan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru


Kempen Roving & Sampling itu berlangsung selama 12 hari, melibatkan tiga hujung minggu berturut-turut dari Khamis hingga Ahad.


Aktiviti dijalankan pada dua waktu utama iaitu 8 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 7 malam.


Antara lokasi dijadualkan diteruskan pada 20 hingga 24 Januari ini adalah Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Petaling Jaya bertempat di NU Sentral, Summit USJ dan Damansara Uptown.


Bagi Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, peminat boleh menemui Abang Bytes pada tarikh 21 hingga 23 Januari ini di lokasi seperti Bukit Beruang, Lotus Gelugor dan Masjid Jamek Bandar Baru Uda.


Kempen Roving & Sampling itu berlangsung selama 12 hari bermula pada waktu utama dari jam 8 hingga 10 pagi dan sebelah petang bermula jam 5 hingga 7 malam


Seramai 50 penunggang digerakkan setiap hari merangkumi semua lokasi terpilih.


Pendekatan itu menjadikan Abang Bytes sebagai pencetus mobile buzz yang menggabungkan visual menarik, interaksi secara langsung dan pengalaman jenama yang lebih dekat dengan pengguna.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

17 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Syuruk

pada

07:24

mosque
imsak

Imsak

06:04:00

fajr

Fajr

06:14:00

syuruk

Syuruk

07:24:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:48:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:37:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase